
KEPUTUSAN PEMILIHAN MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA 2015-2017 | ||
Pengerusi Tetap | : | FAIZAH ISMAIL |
Timbalan Pengerusi Tetap | : | NORAZLIN MD SAMSUDIN |
Ketua Muslimat | : | USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH |
Timbalan Muslimat | : | DR. ROSNI ADAM |
Naib Muslimat | : | USTAZAH SALAMIAH MOHD NOR |
Ahli Jawatankuasa Kerja
| : |
|
KEPUTUSAN PEMILIHAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 2015-2017 | ||
Pengerusi Tetap | : | US KAMAL ASHARI (pahang) |
Timbalan Pengerusi Tetap | : | DR. RIDHUAN MD NOR (terengganu) |
Ketua Pemuda | : | YB.US.NIK MOHD ABDUH NIK ABD.AZIZ (kelantan) |
Timbalan Pemuda | : | US. MOHD KHALIL ABDUL HADI (terengganu) |
Naib Pemuda | : | IR KHAIRI NIZAM KHAIRUDDIN (wilayah persekutuan) |
Ahli Jawatankuasa Kerja |
: |
|
article
UCAPTAMA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT KE 53 : PRINSIP PERJUANGAN ASAS NUSRAH KEMENANGAN
3:08 pmbaihakiDownload Ucaptama [Teks Jawi] Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YBhgia Dato Dr Mahfouz Mohamad.
Pengerusi Tetap : Dr Hamdan Mohd
Timb Pengerusi : Ust Omar Hashim
Ketua : Dato' Dr Mahfuz bin Mohamad
Timb Ketua : Dato' Dr Nik Mohd Zawawi
Naib Ketua : Dato' Dr Johari bin Mat
AJK DUPP :
1. Dato' Dr Khairudin Aman Razali
2. Yb Ust Nasrudin Hassan
3. Dato' Dr. Abu Bakar Abdullah
4. Yb. Ustaz Abdullah Hussin
5. Dr. Azhari bin Ariffin
6. Dato' Hj Hussin Awang
7. Ustaz Mustafa Syaari
8. Ustaz Khir Mutanazzar Ismail
9. Ustaz Nazmi Nik Din
10. Ustaz Zulkifli Ismail
11. Ustaz Mohd Asri Daud
12. Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman
Pemeriksa Kira :
Ibrahim Hj Omar
Hanafi bin Roshan
WACANA yang dijadikan sebagai medium kempen dan penonjolan calon tertentu pemilihan sesi 2015-2017 mewarnai pra Muktamar Tahunan PAS Kali ke-61. Keghairahan tersebut menyaksikan soal nasib dan takdir berkait masa depan PAS dan gambaran PAS di masa depan menjadi tema perbicaraan. Malah turut dikemukakan agenda politik baru dengan menghambat perspektif peluang, harapan dan cabaran.
Namun, PAS sebagai parti politik Gerakan Islam hakikatnya terikat dengan ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ikuti pembentangan penuh pencerahan dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membicarakan tema seumpama yang dipandukan beliau dengan dalil al-Quran, hadis serta kebijaksanaan dan pengalamannya mendakap realiti politik hari ini.
● Pergantungan Kepada Allah ●
Menurut beliau, PAS sebagai parti dan jamaah Islam wajib meletakkan harapan kepada Allah SWT kerana kemenangan perjuangan Islam itu adalah kurniaan daripada Allah.
Pun begitu katanya, tidak dinafikan juga betapa perlu akan kekuatan diri dan jamaah, keahlian ramai, pentadbiran tersusun, keupayaan kewangan, tahaluf siyasi dan persefahaman dengan banyak pihak.
“Tidak dinafikan kita boleh menang dengan kelemahan lawan kita, tetapi itu hanyalah perkara-perkara sampingan yang tidak boleh ditaruh harapan untuk mencapai kemenangan.
“Allah SWT telah mendidik generasi awal Islam, bahawa pergantungan kepada ramainya pengikut, kekuatan diri pada zahirnya yang dibanggakan, tidak boleh memberi kemenangan kalau tidak mendapat pertolongan Allah,” terang beliau mengaitkan hal itu dengan peristiwa Uhud dan Hunain.
Malah katanya, Allah mengajar kemenangan Islam di Andalus hasil daripada kelemahan musuh, namun kemenangan itu kemudiannya ditenggelamkan oleh Allah SWT sehingga tidak bangkit lagi sampai ke hari ini.
Oleh itu, beliau mengajak supaya memahami perkara tersebut sebagai harapan sebagaimana janji yang dinyatakan Allah SWT dalam ayat 55 surah an-Nur.
“Allah berjanji kepada orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh daripada kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang kurniakan kuasa memerintah di atas muka bumi. Sebagaimana Dia jadikan orang-orang sebelum mereka kahlifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama Islam yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”
● Memenuhi Syarat Kelayakan ●
Ujar Tuan Guru, Allah menjanjikan harapan itu dicapai sekiranya para pejuang Islam menunaikan syarat dengan memenuhi kelayakan untuk ‘menerima kemenangan dan mengisi kemenangan’.
Syarat pertama katanya, mestilah ada kumpulan di kalangan orang beriman yang menyambung risalah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
“Iaitulah mereka yang menegakkan Islam sepenuhnya di dalam diri, keluarga, masyarakat sehingga mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT. Di atas asas inilah ditubuhkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
“Kewajipan kita adalah mengisi jamaah ini dengan syarat-syarat dikehendaki oleh Allah SWT yang dijanjikan kemenangan. Kemenangan dunia dan kemenangan di hari akhirat.
“Kemenangan dunia berjaya mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT. Kemenangan akhirat syurga yang kekal abadi dan inilah kemenangan paling besar,” jelas beliau.
Oleh kerana itu katanya, Allah mensyaratkan harga bayaran yang mahal ditunaikan, kerana natijah dijanjikan Allah bagi memenuhi harapan itu juga sesuatu sangat mahal harganya.
Ujarnya, Allah tidak menghendaki harga itu dibayar dengan dunia dan isinya, tetapi dibayar mengikut kemampuan pada diri pejuang Islam dengan izin Allah SWT.
Menurut beliau, Allah telah mengajar generasi awal Islam menghadapi peristiwa Uhud dengan jumlah tentera Islam lebih besar dan lebih bersemangat daripada Badar, lantaran Badar itu dimenangi setelah keanggotaan yang sedikit mengalahkan musuh lebih ramai.
“Apabila mereka melanggar syarat, tidak mentaati Allah dan Rasul, Allah mengajar mereka dimusnahkan dengan ujian-Nya. Perjuangan tidak musnah tetapi ada yang mati dan ada yang luka untuk mengajar dan mendidik mereka,” ujar Tuan Guru.
Beliau memetik pengajaran ayat 25 surah at-Taubah berkenaan peristiwa Hunain di mana tentera Islam berjumlah lebih 10,000 merasa sombong dengan jumlah mereka hingga kemudiannya mereka bertempiaran lari.
Tegasnya, dengan sebab itulah harapan kepada Allah adalah penting dan tidak patut diputuskan sekali-kali dalam keghairahan mendapat banyak kebendaan atau pengikut yang ramai.
● Sempadan Bertahaluf ●
Tuan Guru turut memetik mengenai tahaluf sebagaimana berlaku dalam peristiwa Ahzab melibatkan orang Yahudi yang telah memeterai Perjanjian Madinah dengan Rasulullah SAW.
Dalam masa sama katanya, wujud golongan munafiqin yang mengambil kesempatan; menjadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan di mana mereka juga meramaikan jamaah masjid.
“Apabila Allah menguji peristiwa Ahzab, kemenangan tidak boleh dicapai dengan mudah. Kemenangan memerlukan ujian. Maka, mereka yang bertahaluf ini tidak berjaya dalam ujiannya. Disingkirkan oleh Allah dan orang Islam mesti menyingkirnya.
“Tidak boleh menggantungkan harapan kepada rakan-rakan tahaluf untuk mencapai kemenangan. Nabi bertahaluf dengan Khuzaah, bertahaluf dengan Bani Khuraizah, Bani Nadhir, Bani Qainuqa’ dan berbagai-bagai kabilah Arab.
“Khuza’ah kekal di dalam tahaluf sehingga masuk Islam. Ada yang kekal dalam tahaluf tak masuk Islam. Berada di bawah Kerajaan Islam. Ada yang menunjuk sifat-sifat yang negatif kepada perjuangan Islam. Mereka disokong oleh orang-orang munafiq yang ada dalam kumpulan Islam,” terang beliau.
Allah memberi peringatan:
“Khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahwa mereka akan mendapatkan siksaan yang pedih, (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di samping orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.” (an-Nisa: 138-139)
Menurut Tuan Guru, Allah SWT mendedahkan di dalam al-Quran kedapatan mereka yang menganjur majlis al-Quran, tetapi bukan untuk percaya dengan ayat al-Quran, sebaliknya mereka menentang.
Oleh itu tegasnya, Allah melarang orang beriman untuk hadir ke majlis seumpama kerana demikian akan terbabit seperti mereka.
“Tetapi ada hadir untuk meramaikan konon. Hadir untuk dengar konon. Berasa bijak sangat. Kecuali mereka yang ditugaskan oleh parti, boleh hadir. Yang tak ditugaskan oleh parti, tidak mustahil dirasuk oleh was-was syaitan yang boleh merosakkan pendirian mereka.
“Ini tarbiah daripada Allah SWT. Inilah yang kita sedang alami dalam perjalanan. Al-Quran adalah mukjizat. Al-Quran adalah ‘hudanlinnas’ Petunjuk kepada manusia sehingga hari Kiamat. Bukan sahaja di zaman Nabi SAW termasuk hari ini sehingga hari Kiamat. Hidayat sehingga hari Kiamat,” perjelas beliau.
● Bina Kekuatan Sendiri ●
“Tidak dinafikan kita perlu mengambil dan melihat kelemahan yang ada pada musuh, tetapi jangan kelemahan itu menjadi harapan kita. Kita mesti membina kekuatan jamaah kita sendiri. Menang dengan kekuatan kita. Bukan menang dengan lemah musuh, kita juga lemah.
“Tidak ada erti kerana kemenangan kita untuk mengislah, bukan untuk ambil kemenangan semata-mata. Tujuan kita bukan untuk ke Putrajaya. Duduk atas kerusi, dalam ‘office’, ‘aircond’ yang baik. Tujuan kita ialah untuk menyelamatkan rakyat dengan islah.
“Kita mesti faham ada orang kata peluang kita ke Putrajaya sekali sekarang ini. Pergilah, nak pergi sekarang pun boleh. Boleh pergi. Tetapi kita ada tujuan, ada matlamat,” tegas Tuan Guru.
Menurut beliau, PAS berpandangan bahawa kelemahan yang ada pada Umno pada hari ini seperti isu Tabung Haji adalah mengulangi kelemahan-kelemahan lama dan sama sebagaimana dahulu.
Katanya, KWSP, Petronas, Skyhawk, Perwaja, Maika Holding dan pelbagai kelemahan zaman Perdana Menteri sebelum-sebelum ini hanya mengulangi senario serupa.
Demikian itu ujarnya, jika turunnya Perdana Menteri ini, akan naik Perdana Menteri baru dari Umno juga yang akan mengulangi kelemahan sama.
● Aslim Taslam ●
Ke arah menyelesaikan masalah seperti itu katanya, maka beliau menyeru supaya pengislahan yang diajar oleh Nabi SAW dilakukan iaitulah “Aslim taslam”, merujuk kepada “Ikut Islam, akan selamat”, sebagaimana surat Baginda kepada Raja-raja.
“Surat Nabi kepada Raja Parsi, kepada Raja Rom, Raja Habasyah, Raja Mesir, Raja Muscat dan Oman. Semua surat ini menyeru “Aslim taslam”. Kalau kamu ikut Islam, kamu selamat. Bukan kami nak dapat kuasa. Bukan kami nak berebut kerusi. Kami nak suruh kamu ikut Islam. Selesaikan masalah.
“Apabila Raja Habasyah ikut Islam, dikekalkan dia jadi raja. Raja Bahrain ikut Islam, kekal jadi raja. Raja Muscat ikut Islam, kekal jadi raja. Raja Parsi, raja Rom tak ikut Islam dihadapnya habis-habisan sehingga tumbang raja-raja itu.
“Ini yang diajar oleh Islam. Bukan kita nak berebut kerusi. Tujuan kita nak meletakkan islah di dalam masyarakat,” jelas Tuan Guru.
Memetik sirah usaha Rasulullah menjalin hubungan dengan Bani Amir, wakil kaum itu telah mengajukan bahagian yang akan diperolehi pihaknya dari pemerintahan tersebut, lalu dijawab Baginda, “Pemerintahan itu bagi Allah. Allah kurnia kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
Pendirian tersebut ujar Tuan Guru, menyebabkan Bani Amir enggan menjalin hubungan dengan pihak Islam sekaligus menolak seruan Baginda.
Sebab itulah katanya, perjuangan ini bukanlah mengikut telunjuk mereka yang hanya mahu mengambil kerusi pemerintahan, sebaliknya untuk menunaikan perintah diamanahkan Allah SWT di mana ke arah itu, PAS mesti membuat persediaan.
● Mengikuti ‘Roadmap’ Allah ●
Terang Tuan Guru Abdul Hadi, sebagai hamba manusia mesti memberi harapan kepada Allah dan Allah pasti menunaikan harapan itu sebagaimana dijanjikan-Nya.
Ujar beliau, dalam keghairahan menyediakan jalan dan rancangan sendiri, Allah SWT telahpun meletakkan ‘roadmap’ dan manusia mesti merujuk kepada perancangan Allah itu.
Firman Allah SWT:
“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai.” (at-Taubah: 33)
Tegas Ahli Parlimen Marang itu, Islam pasti akan naik suatu hari nanti, di mana pasang-surut yang berlaku adalah untuk menzahir dan mengatasi segala ajaran-ajaran lain, sama ada agama, ideologi, teori, perundangan mahupun cara hidup.
“Islam akan naik tinggi menguasai walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin. “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
“Roadmapnya, kamu sumbangkan modal. “Kamu beriman kepada Allah dan Rasul serta berjihad dijalan-Nya dengan harta dan jiwamu.” Inilah asas dan tonggak iaitu beriman kepada Allah dan Rasul. Seterusnya berjihad dengan makna kesungguhan mengorbankan nikmat yang diberi oleh Allah dengan harta dan diri,” ujar beliau memetik ayat 10 dan 11 surah as-Saff itu.
Jelas Tuan Guru, Allah menyebut harta dahulu kemudian diri untuk ditunaikan sebagai sumbangan dari nikmat yang paling manusia sayangi ke arah meninggikan agama Allah SWT bagi memenangkan Islam.
Keuntungan dari pelaburan itu ujarnya, Allah mengampunkan dosa-dosa manusia dari kealpaannya mencari harta dan pergaulan.
“Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya. (Iaitu) Syurga-syurga kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat,” ujarnya memetik ayat 75 dan 76 surah Thaha.
Tegas Tuan Guru, kemenangan paling besar iaitulah setelah meninggal dunia dan di hari akhirat, serta kemenangan sebagaimana diharapkan manusia di atas dunia hasil dari pertolongan Allah di mana waktu itu semakin hampir sebagai berita gembira kepada orang beriman.
● Melengkapkan Kewajipan ●
Menurut beliau, Allah menjanjikan kemenangan akhirat dan dunia dengan syarat mestilah ditunaikan kewajipan harta dan diri untuk meninggikan agama Allah, di mana semua itu adalah ujian Allah kepada manusia yang hanya boleh ditunaikan oleh orang-orang beriman.
Tegasnya, tanpa keimanan bermakna tidak akan menerima janji Allah di mana keimanan itu juga mestilah mengikuti adab dan akhlak diatur oleh Allah iaitulah bukan hanya sanggup menyumbangkan harta, jiwa dan raga, tetapi mestilah ikhlas, faham, wala’ dan taat.
“Mestilah dengan adab berjamaah. Mesti ikhlas kerana Allah Taala bukan kerana nak dunia. Dunia Allah Taala bagi, jangan takut. Ada orang bimbang tak dapat dunia, jadi tak ikhlas. Apabila tak ikhlas, maka tak cukup syarat.
“Belum apa-apa sudah ada niat dalam hati. Dapat kereta, dapat kemewahan dan projek. Projek ada, akan tiba masanya. Belum tiba sudah letak dalam kepala lupa kepada Allah Taala. Ini tidak boleh. Ini silap. Allah Taala bersihkan hati kita daripada tidak ikhlas ini.
“Mesti faham jangan tidak faham. Faham apa dia Islam. Apa dia perjalanan kita. Apa dia cabaran-cabaran. Jangan tak faham. Mesti wala’ setia kepada jamaah, jangan tak setia. Jangan “loq laq loq laq” sekali begitu, sekali begini.
“Mesti setia kepada jamaah dan mesti taat ketaatan kepada Allah dan Rasul dan kepada kepimpinan dalam jamaah itu. Ini sangat penting,” terang Tuan Guru.
● Kemenangan Pasti Tiba ●
Menurutnya, setelah ditunaikan semua itu dan dipenuhi syarat-syarat, maka Allah Taala pasti memberi kemenangan, seterusnya perlu pula untuk mengisi kemenangan.
Ujar beliau, kemenangan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam dan merupakan suatu kekuatan.
“Jangan kita bimbang. Hari ini orang bimbang kalau Islam menang nanti seluruh dunia akan kepung. Kalau Islam menang seluruh dunia akan bendung. Kalau Islam menang cabaran sangat besar. Inilah cabaran yang dihadapi oleh Nabi SAW.
“Kalau bagi kepada Islam Terengganu, Kelantan, habislah. Dah 20 tahun, tak habis pun Kelantan. Boleh bertahan. Terengganu walaupun kita tumbang, tak habis lagi Terengganu. Kekuatan kita masih ada, tak habis. Bahkan Terengganu ada asas yang kukuh.
“Terengganu negeri yang paling akhir dijajah oleh British. Negeri yang pertama dimenangi oleh PAS tahun 1959 sebelum Kelantan. Cuma kejatuhan Terengganu terlalu cepat. Ada kelemahan yang perlu kita baiki. Kelantan boleh bertahan, ada asas kekuatan pada mereka yang kita kena belajar. Kita ada asas untuk menang. Jangan bimbang.
“Pemimpin Makkah kata tidak ada harapan untuk menang. Kalau menang hancur Makkah. Tuhan kata mereka tak sedar, Kami yang meletakkan asas kepada mereka di Makkah ini rezeki yang melimpah ruah.
● Acuan Mendirikan Negara ●
Menurut Tuan Guru, manusia hari ini di seluruh dunia meletakkan kekuatan kewangan, ekonomi, kebendaan dan kekuatan rakyat sebagai acuan mendirikan negara.
Sedangkan katanya, Allah berfirman dalam surah Quraisy “Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.”
Jelasnya, ayat tersebut menekankan perkara pertama adalah kekuatan keimanan, diikuti kekuatan ekonomi dan seterusnya kekuatan politik.
Ujar Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu, kekuatan ekonomi dan politik mestilah dibina di atas iman dan taqwa sebagai acuan yang diatur oleh Allah SWT.
Terangnya, ‘acuan Allah’ sangat penting kerana Dialah yang mencipta manusia dan tahu segalanya mengenai manusia di mana terdiri dari jasad, roh dan akal.
Malah katanya, manusia hidup sendiri, berkeluarga dan bermasyarakat di mana dengan sifat-sifat yang ada itu, manusia layak bertugas di atas muka bumi dan bukannya malaikat, jin atau haiwan.
“Tetapi mestilah mengikut acuan pembangunan manusia yang diatur oleh Allah Taala. Keperluan jasad, roh dan akal. Ini kena ada pada Islam. Tidak ada pada yang lain,” tegasnya.
● Muhasabah Dunia Islam ●
Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, dunia Arab hari ini kaya-raya dan duit melimpah-ruah tetapi meninggalkan Islam.
Ujarnya, negara-negara Arab menghimpunkan wang dengan banyaknya setelah 10 tahun merdeka daripada Turki Uthmaniah yang dianggap mereka sebagai penjajah lalu menjatuhkannya dengan bantuan kuasa-kuasa Barat untuk memerdekakan Arab di atas nama Nasionalisme Arab.
Negara-negara Arab katanya, seperti Saudi, Qatar, Dubai, Emirates dan Kuwait menyambut hari kebangsaan dari penubuhan negara setelah mereka menghalau Kerajaan Uthmaniah.
“Merdekalah mereka dengan duit yang banyak, minyak melimpah-ruah, harta yang banyak. Apa yang berlaku pada hari ini? Mereka tidak bangkit sebagai satu ummat yang perkasa dan kuat untuk memimpin dunia Islam.
“Sepatutnya merekalah yang memimpin dunia Islam. Al-Quran diturunkan dalam bahasa mereka. Nabi bangsa mereka. Makkah duduk di bumi mereka. Merekalah yang patut. Tetapi mereka membakar diri sendiri. Berperang, berbalah sesama sendiri.
“Senjata beli dari tokeh senjata. Tokeh senjata letak berapa harga sanggup bayar. Dia berperang, dia yang mati. Senjata dari orang lain, duit bagi orang. Apalah kebodohan yang sampai begini berlaku. Puncanya kerana meninggalkan Islam. Maka Islam sangat penting,” tegas beliau.
● Teguh Dengan Islam ●
PAS ujar Tuan Guru, mesti buktikan kepada rakan-rakan dalam tahaluf siyasi ia tegas dengan Islam dan tidak akan berganjak sama sekali dengan agama itu.
Katanya, Komunisme dan Sosialisme yang menggunakan tenaga manusia sebagai kilang-kilang untuk menjana ekonomi terbukti telah gagal di mana pemimpin Komunis dan Sosialis menjadi lebih ganas dari negara Kapitalis sendiri.
Sedangkan di negara Kapitalis pula menurutnya, harta digunakan untuk kemewahan golongan-golongan tertentu di mana pihak lain menjadi mangsa pada golongan lebih kaya.
“Semua teori ini sudah gagal. Sepatutnya kita kena ajak orang Cina, India, Iban yang bukan Islam, ajak kepada Islam. Masuk Islam, selamat dunia sampai akhirat. Tak mahu masuk Islam, ikut Islam, selamat dunia sahaja. Akhirat serah kepada Tuhan.
“Kalau mereka (orang bukan Islam) boleh ikut Komunis, boleh ikut Sosialis, berjuang masuk hutan sanggup mati, ikut Karl Marx Yahudi Jerman, boleh berjuang di atas ideologi yang diimport daripada Barat, mengapa tidak boleh menegakkan Islam bersama dengan kita? Ini sangat penting,” ujarnya menjentik fikiran.
● Peluang Dan Harapan ●
“Alhamdulillah, kejayaan kita memerintah di Kelantan sehingga kini, di Terengganu dalam masa satu penggal. Memimpin Kerajaan Negeri Kedah satu penggal. Di Perak setahun. Kita telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan kita dengan orang-orang bukan Islam.
“Mereka mula nak intai, nak tengok kita dan sudah ramai yang masuk (menyertai) kita. Kita binakan yang masuk kita ini kekuatan kepada parti untuk menjana kehebatan yang boleh memberi kemenangan kepada kita. Seterusnya kita panjangkan lagi kepada mereka yang tak masuk kita dengan berbagai-bagai pendekatan yang diajar oleh Islam.
“Islam mengajar pendekatan yang banyak bukan tahaluf sahaja. Oleh kerana kita baca tahaluf sahaja, pendekataan tahaluf persefahaman dalam titik persamaan. Ini satu. Ini boleh dengan orang bukan Islam, termasuklah kerjasama dalam isu-isu kemanusiaan. Ini boleh.
“Berdialog. Ini boleh. Berdebat dengan hujah yang baik. Ini tanggung jawab kita. Kita mesti jadi parti yang terbuka. Parti yang positif. Bukan parti yang tertutup. Parti yang bersikap negatif terhadap semua orang. Ini tidak boleh.
“Ini tanggung jawab yang mesti kita tunaikan. Ini adalah satu peluang yang sangat besar yang diberi kepada kita oleh Allah SWT,” ujarnya menyatakan harapan
Izwan Abdul Halim
PENULIS HARAKAH
Izwan Abdul Halim
PENULIS HARAKAH
Menjelang muktamar ini, saya mula rindukan sosok kecil yang menjadi tunjang besar dalam PAS. Pemergian beliau sudah hampir setengah tahun. Inilah kali pertama kita bermuktamar tanpa kelibat Tok Guru Nik Aziz.
Saya rindu untuk menatap wajah beliau. Walaupun kebiasaannya memang beliau tidak berucap atas faktor keuzuran, kehadirannya sudah cukup menenangkan hati.
Indah sungguh pemandangan pentas itu, andai dapat melihat wajah jernih Ulama-ulama seperti Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Ayah Chik, Tok Guru Harun Din, Ust Harun Taib, Ust Abu Bakar Chik. Alangkah bahagia melihat mereka berbaris dalam satu saf sambil berdiri menyanyikan lagu tema PAS. Saya begitu rindukan mereka!
Tahun ini, hanya TGHH dan TGHD yang masih tinggal. Sedih yang teramat. Tapi saya tahu, mereka berdua lagi sedih mengenangkan sahabat-sahabat seperjuangan yang Allah panggil hampir serentak. Pemilihan lepas masih ada, kali ini sudah tiada. Pasti terbayang saat mereka bertegur sapa dan bergurau senda di pentas itu dua tahun lepas.
Bagi saya, yang betul-betul ikon PAS di zaman saya hanya TGHH dan TGNA. Kemana saja mereka pergi, orang akan pandang mereka sebagai PAS dan apabila orang sebut PAS, pasti akan tergambar kedua tokoh ini. Yang lain tidak begitu dikenali dan ada tidak begitu menggambarkan imej PAS pada batang tubuh mereka.
Menatap wajah TGHH dan TGNA sangat memberi kesan buat sanubari saya. Saya kenal PAS sebagai gerakan Islam ketika ditarbiyah di Syria. Sebelum ini, saya hanya bersama PAS atas dasar parti politik.
Zaman remaja saya agak nakal dan suka hidup bebas serta mencuba bermacam-macam perkara. Sejak mula kenal PAS, saya akan menangis menatap gambar TGHH. Kerana wajahnya begitu tegas melambangkan sebuah ketegasan untuk berada dalam gerakan Islam. Raut wajahnya seolah menegur saya supaya meninggalkan segala kehidupan lama dan berikan sepenuh jiwa raga untuk Islam. Saya akan jadi takut, mula memikirkan amanah menegakkan Islam yang kini terpundak di bahu.
Apabila saya balik Malaysia, saya terus bersama PAS. Dan saya mula rasakan penat gerih berjuang di medan sebenar. Sangat menguji fizikal, mental dan spiritual. Orang baru seperti saya mudah goyah dengan sedikit kesukaran.
Namun apabila menatap wajah tenang TGNA pula, saya akan kembali tenang. Saya tahu dulu beliau juga berwajah tegas, tapi senyumannya tetap memukau. Hati saya jadi lapang. Asakan emosi hilang kembali dan tenteram mula bersemi. Berkatnya nur di wajah mereka.
Siapa pula akan ganti tempat mereka? Semuanya dalam pengetahuan Allah. Yang pasti semua akan pergi. Yang pasti juga akan ada tokoh baru yang sedang kini terbentuk dalam jemaah. Apabila tiba waktu yang sesuai, mereka akan bangkit dengan sendiri menyambut baton daripada tok-tok guru kita.
Che Ngah (isteri Ayah Chik) pernah bagitahu, bila dia tengok dan dengar Ust Nasruddin Tantawi ceramah, pasti dia teringat ceramah Ayah Chik di zaman mudanya. Gayanya, nadanya dan penampilannya saling tak tumpah seperti Ayah Chik.
Seorang anak Tok Guru Nik Aziz juga pernah bercerita, sewaktu isu Pasma sedang meletup, beberapa orang AJK Pasma Kelantan datang menghadap Tok Guru. Mereka mengadu bahawa Ust Nik Abduh kini sering keluar kenyataan-kenyataan 'bekeng' (garang) sesama PAS. Tujuannya supaya Tok Guru melarang anaknya berbuat demikian.
Jawab Tok Guru:
"Apa yang Nik Abduh kata, itulah yang saya kata. Nik Abduh itu fotostat saya!"
Alang Ibn Shukirmun
PENULIS FACEBOOK
Contoh 205/65/R1594H.
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam
- Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar.
Contoh 0514.
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan.
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired).
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini.
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal.
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Siri 2: Usaha Memerangi Terorisme.
Dunia pada hari ini terbelah dua. Akibat hipokrit kuasa Barat terhadap negara umat Islam. Dipromosikan demokrasi dan hak asasi manusia. Namun apabila tidak menyebelahi mereka, maka mereka cabuli. Diguling Mursi di Mesir. Dibunuh pengikut dan pemimpinnya yang mempertahankan legitimasi kerajaan Mursi.
Akibatnya muncul kekecewaan dikalangan Islamis dan sebahagian besar umat Islam. Jalan keluarnya memunculkan dua golongan:
- Golongan Jihad bersenjata. Mereka melihat tidak ada jalan lain lagi yang boleh diharapkan melainkan mengangkat senjata baik di Mesir atau di Syria dan Iraq. Malah di negara aman seperti Malaysia dan Indonesia pun ada yang terfikir hendak menggunakan jalan peperangan atau persenjataan.
- Golongan Liberalis. Kelompok kedua ini kecewa dengan demokrasi menipu ciptaan Barat di negara umat Islam. Maka jika hendak terus bermain dengan demokrasi untuk menang memerintah, maka pendekatan perlu diubah dengan meliberalkan perjuangan. Tauladan mereka ialah pendekatan Erdogan di Turki yang dilihat berjaya.
Benar! Tidak salah mereka meliberalkan pendekatan. Namun yang dibimbangi sebilangannya bukan sekadar meliberalkan pendekatan yang sememang sifatnya murunah ( boleh berubah), tetapi dasar atau akidah perjuangannya juga diliberalkan. Sedangkan ia soal pokok. Maka akhirnya dibimbangi Islam sebagai asas perjuangan itu tidak lagi dipraktikkan.
Pokoknya kedua golongan ini kecewa dengan hipokrasi Barat dalam hal tersebut. Sebagai pendokong gerakan Islam, kita menolak kedua penekatan kerana ia merugikan dan ianya salah. Jika kedua kelompok ini tidak diatasi dan pengaruh mereka semakin melebar, dunia Islam akan masuk ke kancah pertembungan dasyat yang merugikan. Malah dunia Islam akan masuk ke kancah perang yang panjang seumpama Afghanistan dan lain lain. Maka hasrat melaksanakan Islam tadi terbantut kerana pendokongnya berada dalam konflik yang panjang.
Di tengah dua kelompok inilah munculnya TGHH. Saya pernah menulis dahulu bahawa perlantikan TGHH sebagai Naib Ketua Ulama Dunia adalah atas sifat sederhananya beliau dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.
TGHH berpandangan bahawa walaupun berat mana sekalipun tekanan dan penipuan dihadapi gerakan Islam, mereka mesti kekal dengan jalan muwajahah silmiah. Selain ia sememangnya tuntutan agama, ia juga penting untuk mengelakkan kemusnahan lebih besar kepada negara umat Islam yang sangat diingini Barat. Dakwah Islam lebih berkesan diwaktu damai berbanding perang.
Maka baik di Malaysia atau dunia, TGHH diperlukan dalam hal tersebut. Iaitu memelihara dunia Islam keseluruhannya daripada memasuki perangkap musuh musuh antarabangsa. Malah dunia Arab juga meletakkan pengharapan kepada beliau menyelesaikan pertembungan tersebut. Sebab itu Qardhawi sendiri meminta beliau menyelesaikan konflik di Yaman 2010 dahulu. Begitu juga Syria dll.
Maka dalam konteks PAS, beliau masih penting memimpin kerana kesederhanaan pendekatan dan pengangan beliau, disamping fikirannya yang jauh ke depan membaca risiko dan peluang di masa depan sangat diperlukan ketika kita berada di persimpangan ini.
Persimpangan diantara hendak kekal dengan demokrasi yang tipu, atau meyertai gerakan persenjataan sebagai jalannya, atau kekal menyertai demokrasi walaupun terpaksa gadaikan prinsip. Di tengah persimpangan ini, TGHH diperlukan untuk memandu kita semua.
Sekian.
Abu Yusuf
SHAH ALAM
1.05am | 29 Mei 2015
Orang hari ini ramai yang nak beramal agama, tapi tak ikut cara Nabi SAW. Dalam bab berzikir, ada yang berpusing, angguk kuat-kuat dan menari. Ini bukan zikir, ini dikir.
Allah SWT berfirman:
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. [Al-A'raf:55]
Nabi SAW pernah melalui suatu kawasan, dilihat ada sahabat sedang berzikir dengan suara yang kuat, lalu Nabi bersabda:
"Perlahankan suaramu! Allah tidak pekak dan tuli."
Namun adakah berzikir sebegini salah? Tak salah, cuma tak kena dengan apa yang dianjurkan Nabi. Nak buat, buatlah. Tapi pelik dari ajaran Islam. Macam orang pakai seluar dalam atas kepala. Boleh pakai, tapi orang tengok peliklah. Macam orang pakai selipar terbalik juga, yang kanan sebelah kiri dan yang kiri sebelah kanan. Boleh berjalan macam biasa, tapi tak betul kaedah dia.
Zikir sebegini banyak terpengaruh dengan ajaran agama lain. Orang yahudi ada cara ibadat mereka. Orang hindu budhha pun berzikir cara mereka. Semua agama ada cara tersendiri.
Sewaktu Islam masuk ke seluruh pelusuk dunia, ramai ahli agama lain yang tertarik dan memeluk Islam. Malangnya, mereka masih belum betul-betul mengikut ajaran Islam sepenuhnya. Mereka mengekalkan saki baki ritual agama mereka dalam Islam.
Ulama dahulu sewaktu berdakwah masih tak hapuskan lagi budaya-budaya ini. Mereka lebih pentingkan masyarakat menerima Islam terlebih dahulu. Selamatkan akidah dahulu. Kita sekarang yang sudah lama mewarisi Islam, belajar dah banyak perlulah betulkan keadaan dengan sebenarnya.
Ada yang kata berzikir kuat kerana nak katok (pukul) hati yang keras biar sedar. Kita kena faham, hati bukan sama macam benda lain. Nak lembutkan hati tak sama macam nak lembutkan benda lain. Kita kena ikut cara yang diajar oleh Nabi SAW.
Pernah seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW:
يا رسول الله! أقريب ربنا فننجيه أم بعيد فناديه
Wahai Rasulullah SAW! Adakah tuhan kita itu dekat, maka kita hanya berbisik denganNya? Ataupun jauh maka kita perlu memanggilNya kuat?
Rasulullah terus membacakan Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). [Al-Baqarah:186]
Alang Ibn Shukrimun
PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
Masjid Rusila | 29/05/2015
Satu hari ia akan menjadi realiti.
Seorang tokoh negarawan negara dan antarabangsa yang telah banyak menyelesaikan konflik umat Islam. Terbaru beliau dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman selepas Arab Saudi bersama dengan Israel menyerang Yaman, beliau mencari jalan bersama pimpinan dunia untuk menyatukan ummat bagi membebaskan Palestin dan menghala senjata kepada musuh sebenar Yahudi.
Diceritakan oleh seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin,
"Syeikh Hadi faqih dalam hal ehwal gerakan Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi faqih dalam keilmuan. Jika Syeikh Hadi tidak hadir, kita batalkan mesyuarat kerana pandangan beliau amat penting untuk didengar"
Seorang tokoh negarawan negara dan antarabangsa yang telah banyak menyelesaikan konflik umat Islam. Terbaru beliau dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman selepas Arab Saudi bersama dengan Israel menyerang Yaman, beliau mencari jalan bersama pimpinan dunia untuk menyatukan ummat bagi membebaskan Palestin dan menghala senjata kepada musuh sebenar Yahudi.
Diceritakan oleh seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin,
"Syeikh Hadi faqih dalam hal ehwal gerakan Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi faqih dalam keilmuan. Jika Syeikh Hadi tidak hadir, kita batalkan mesyuarat kerana pandangan beliau amat penting untuk didengar"
Pagi kelmarin dahulu saya berkesempatan makan pagi bersama Ust. Wan Sukairi Abdullah di warung berdekatan Flat Sri Kolam K.Trg. Nasi kerabu sedap di situ.
Bercerita tentang mujahadahnya para orang alim. Berkorban tinggal segala2nya kepentingan diri kerana perjuangan sepanjang hayat menegakkan Islam. Menentang kezaliman, menegakkan keadilan. Menuntut hak pendidikan, kemajuan.
Kisah almarhum Ustaz Fadzil Noor, Ust Azizan, Tok Guru Nik Aziz, Harun Taib dan Abu Bakar Chik.
Dulu2 presiden PAS boleh fokus fungsinya sebagai pemimpin. Ketua yg memandu hala tuju. Ada pembantu2 yg tegas memperkukuhkan peranan Presiden.
Dulu2 kalau ada yg nakal2 dan buat hal, boleh sakit lah kerana pimpinan2 mcm singa2 Allah, takkan benar orang buat ambil mudah kepada ketua.
Ketika seorang tokoh parti 'rakan' memperhodohkan DS TGHH di atas satu pentas, Almarhum Ust Abu Bakar Chik dengan garang naik ke pentas mencapai microphone dan berhujah kembali sampai orang tak berani lagi lepas itu.
Dalam mesyuarat2 AJK PAS Pusat, tiada siapa berani lekehkan pemimpin sendiri kerana adanya Almarhum Ust Harun Taib dan Ust Azizan.
Orang tanya Almarhum Ust Abu Bakar Chik, yg juga tokoh pendidikan di peringkat nasional, mengapa begitu sekali mempertahankan Tok Guru (Hj Hadi)?
Dia jawab" anta mungkin kenal Tok Guru diwaktu kuliah, usrah dan majlis rasmi sahaja. Ana pernah sebulan tidur bangun, di rumah beliau dan melihat sendiri siapa dia di depan manusia, dibelakang manusia. Jika enta tahu apa yg ana tahu, entapun akan pertahankan Tok Guru sehabis boleh"
Saya telah mengikuti perkembangan DS TGHH sejak zaman sekolah. Kebetulan Setiausaha Politik DS TGHH sekarang Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah rakan sekelas di SESMA sejak tingkatan satu sehingga sama2 di program matrikulasi dan ke UKM bersama sama. Seusrah. Kadang2 saya yg jadi Naqib. Kadang2 dia. Kadang2 Dr Mohd Afzal Farikullah Khan. Menjadi imam, memberi ta'lim bergilir2 di surau.
Di locker kami asrama memang dah jadi trend simpan gambar Tok Guru Haji Hadi dan Nik Aziz.
Saya harap sementara kita masih ada DS TGHH bersama kita, berilah kekuatan untuk Tok Guru menjayakan visi dan misinya. Perkuatkan dgn pembantu pembantu yg boleh diharap. Jangan susahkan usianya melayan karenah dalaman.
Kebodohan apa yg menganggap undi seorang Presiden didalam mesyuarat AJK Pas Pusat adalah sama nilainya dgn undi AJK biasa PAS Pusat?
Kalau begitu tak payahlah kita mengundi ikut jawatan. Sebab sama sahaja nilainya.
Ahmad Amzad Hashim
PRESIDEN GANTI