Contoh 205/65/R1594H.
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam
- Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar.
Contoh 0514.
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan.
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired).
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini.
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal.
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Siri 2: Usaha Memerangi Terorisme.
Dunia pada hari ini terbelah dua. Akibat hipokrit kuasa Barat terhadap negara umat Islam. Dipromosikan demokrasi dan hak asasi manusia. Namun apabila tidak menyebelahi mereka, maka mereka cabuli. Diguling Mursi di Mesir. Dibunuh pengikut dan pemimpinnya yang mempertahankan legitimasi kerajaan Mursi.
Akibatnya muncul kekecewaan dikalangan Islamis dan sebahagian besar umat Islam. Jalan keluarnya memunculkan dua golongan:
- Golongan Jihad bersenjata. Mereka melihat tidak ada jalan lain lagi yang boleh diharapkan melainkan mengangkat senjata baik di Mesir atau di Syria dan Iraq. Malah di negara aman seperti Malaysia dan Indonesia pun ada yang terfikir hendak menggunakan jalan peperangan atau persenjataan.
- Golongan Liberalis. Kelompok kedua ini kecewa dengan demokrasi menipu ciptaan Barat di negara umat Islam. Maka jika hendak terus bermain dengan demokrasi untuk menang memerintah, maka pendekatan perlu diubah dengan meliberalkan perjuangan. Tauladan mereka ialah pendekatan Erdogan di Turki yang dilihat berjaya.
Benar! Tidak salah mereka meliberalkan pendekatan. Namun yang dibimbangi sebilangannya bukan sekadar meliberalkan pendekatan yang sememang sifatnya murunah ( boleh berubah), tetapi dasar atau akidah perjuangannya juga diliberalkan. Sedangkan ia soal pokok. Maka akhirnya dibimbangi Islam sebagai asas perjuangan itu tidak lagi dipraktikkan.
Pokoknya kedua golongan ini kecewa dengan hipokrasi Barat dalam hal tersebut. Sebagai pendokong gerakan Islam, kita menolak kedua penekatan kerana ia merugikan dan ianya salah. Jika kedua kelompok ini tidak diatasi dan pengaruh mereka semakin melebar, dunia Islam akan masuk ke kancah pertembungan dasyat yang merugikan. Malah dunia Islam akan masuk ke kancah perang yang panjang seumpama Afghanistan dan lain lain. Maka hasrat melaksanakan Islam tadi terbantut kerana pendokongnya berada dalam konflik yang panjang.
Di tengah dua kelompok inilah munculnya TGHH. Saya pernah menulis dahulu bahawa perlantikan TGHH sebagai Naib Ketua Ulama Dunia adalah atas sifat sederhananya beliau dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.
TGHH berpandangan bahawa walaupun berat mana sekalipun tekanan dan penipuan dihadapi gerakan Islam, mereka mesti kekal dengan jalan muwajahah silmiah. Selain ia sememangnya tuntutan agama, ia juga penting untuk mengelakkan kemusnahan lebih besar kepada negara umat Islam yang sangat diingini Barat. Dakwah Islam lebih berkesan diwaktu damai berbanding perang.
Maka baik di Malaysia atau dunia, TGHH diperlukan dalam hal tersebut. Iaitu memelihara dunia Islam keseluruhannya daripada memasuki perangkap musuh musuh antarabangsa. Malah dunia Arab juga meletakkan pengharapan kepada beliau menyelesaikan pertembungan tersebut. Sebab itu Qardhawi sendiri meminta beliau menyelesaikan konflik di Yaman 2010 dahulu. Begitu juga Syria dll.
Maka dalam konteks PAS, beliau masih penting memimpin kerana kesederhanaan pendekatan dan pengangan beliau, disamping fikirannya yang jauh ke depan membaca risiko dan peluang di masa depan sangat diperlukan ketika kita berada di persimpangan ini.
Persimpangan diantara hendak kekal dengan demokrasi yang tipu, atau meyertai gerakan persenjataan sebagai jalannya, atau kekal menyertai demokrasi walaupun terpaksa gadaikan prinsip. Di tengah persimpangan ini, TGHH diperlukan untuk memandu kita semua.
Sekian.
Abu Yusuf
SHAH ALAM
1.05am | 29 Mei 2015
Orang hari ini ramai yang nak beramal agama, tapi tak ikut cara Nabi SAW. Dalam bab berzikir, ada yang berpusing, angguk kuat-kuat dan menari. Ini bukan zikir, ini dikir.
Allah SWT berfirman:
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. [Al-A'raf:55]
Nabi SAW pernah melalui suatu kawasan, dilihat ada sahabat sedang berzikir dengan suara yang kuat, lalu Nabi bersabda:
"Perlahankan suaramu! Allah tidak pekak dan tuli."
Namun adakah berzikir sebegini salah? Tak salah, cuma tak kena dengan apa yang dianjurkan Nabi. Nak buat, buatlah. Tapi pelik dari ajaran Islam. Macam orang pakai seluar dalam atas kepala. Boleh pakai, tapi orang tengok peliklah. Macam orang pakai selipar terbalik juga, yang kanan sebelah kiri dan yang kiri sebelah kanan. Boleh berjalan macam biasa, tapi tak betul kaedah dia.
Zikir sebegini banyak terpengaruh dengan ajaran agama lain. Orang yahudi ada cara ibadat mereka. Orang hindu budhha pun berzikir cara mereka. Semua agama ada cara tersendiri.
Sewaktu Islam masuk ke seluruh pelusuk dunia, ramai ahli agama lain yang tertarik dan memeluk Islam. Malangnya, mereka masih belum betul-betul mengikut ajaran Islam sepenuhnya. Mereka mengekalkan saki baki ritual agama mereka dalam Islam.
Ulama dahulu sewaktu berdakwah masih tak hapuskan lagi budaya-budaya ini. Mereka lebih pentingkan masyarakat menerima Islam terlebih dahulu. Selamatkan akidah dahulu. Kita sekarang yang sudah lama mewarisi Islam, belajar dah banyak perlulah betulkan keadaan dengan sebenarnya.
Ada yang kata berzikir kuat kerana nak katok (pukul) hati yang keras biar sedar. Kita kena faham, hati bukan sama macam benda lain. Nak lembutkan hati tak sama macam nak lembutkan benda lain. Kita kena ikut cara yang diajar oleh Nabi SAW.
Pernah seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW:
يا رسول الله! أقريب ربنا فننجيه أم بعيد فناديه
Wahai Rasulullah SAW! Adakah tuhan kita itu dekat, maka kita hanya berbisik denganNya? Ataupun jauh maka kita perlu memanggilNya kuat?
Rasulullah terus membacakan Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). [Al-Baqarah:186]
Alang Ibn Shukrimun
PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
Masjid Rusila | 29/05/2015
Satu hari ia akan menjadi realiti.
Seorang tokoh negarawan negara dan antarabangsa yang telah banyak menyelesaikan konflik umat Islam. Terbaru beliau dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman selepas Arab Saudi bersama dengan Israel menyerang Yaman, beliau mencari jalan bersama pimpinan dunia untuk menyatukan ummat bagi membebaskan Palestin dan menghala senjata kepada musuh sebenar Yahudi.
Diceritakan oleh seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin,
"Syeikh Hadi faqih dalam hal ehwal gerakan Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi faqih dalam keilmuan. Jika Syeikh Hadi tidak hadir, kita batalkan mesyuarat kerana pandangan beliau amat penting untuk didengar"
Seorang tokoh negarawan negara dan antarabangsa yang telah banyak menyelesaikan konflik umat Islam. Terbaru beliau dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman selepas Arab Saudi bersama dengan Israel menyerang Yaman, beliau mencari jalan bersama pimpinan dunia untuk menyatukan ummat bagi membebaskan Palestin dan menghala senjata kepada musuh sebenar Yahudi.
Diceritakan oleh seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin,
"Syeikh Hadi faqih dalam hal ehwal gerakan Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi faqih dalam keilmuan. Jika Syeikh Hadi tidak hadir, kita batalkan mesyuarat kerana pandangan beliau amat penting untuk didengar"
Pagi kelmarin dahulu saya berkesempatan makan pagi bersama Ust. Wan Sukairi Abdullah di warung berdekatan Flat Sri Kolam K.Trg. Nasi kerabu sedap di situ.
Bercerita tentang mujahadahnya para orang alim. Berkorban tinggal segala2nya kepentingan diri kerana perjuangan sepanjang hayat menegakkan Islam. Menentang kezaliman, menegakkan keadilan. Menuntut hak pendidikan, kemajuan.
Kisah almarhum Ustaz Fadzil Noor, Ust Azizan, Tok Guru Nik Aziz, Harun Taib dan Abu Bakar Chik.
Dulu2 presiden PAS boleh fokus fungsinya sebagai pemimpin. Ketua yg memandu hala tuju. Ada pembantu2 yg tegas memperkukuhkan peranan Presiden.
Dulu2 kalau ada yg nakal2 dan buat hal, boleh sakit lah kerana pimpinan2 mcm singa2 Allah, takkan benar orang buat ambil mudah kepada ketua.
Ketika seorang tokoh parti 'rakan' memperhodohkan DS TGHH di atas satu pentas, Almarhum Ust Abu Bakar Chik dengan garang naik ke pentas mencapai microphone dan berhujah kembali sampai orang tak berani lagi lepas itu.
Dalam mesyuarat2 AJK PAS Pusat, tiada siapa berani lekehkan pemimpin sendiri kerana adanya Almarhum Ust Harun Taib dan Ust Azizan.
Orang tanya Almarhum Ust Abu Bakar Chik, yg juga tokoh pendidikan di peringkat nasional, mengapa begitu sekali mempertahankan Tok Guru (Hj Hadi)?
Dia jawab" anta mungkin kenal Tok Guru diwaktu kuliah, usrah dan majlis rasmi sahaja. Ana pernah sebulan tidur bangun, di rumah beliau dan melihat sendiri siapa dia di depan manusia, dibelakang manusia. Jika enta tahu apa yg ana tahu, entapun akan pertahankan Tok Guru sehabis boleh"
Saya telah mengikuti perkembangan DS TGHH sejak zaman sekolah. Kebetulan Setiausaha Politik DS TGHH sekarang Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah rakan sekelas di SESMA sejak tingkatan satu sehingga sama2 di program matrikulasi dan ke UKM bersama sama. Seusrah. Kadang2 saya yg jadi Naqib. Kadang2 dia. Kadang2 Dr Mohd Afzal Farikullah Khan. Menjadi imam, memberi ta'lim bergilir2 di surau.
Di locker kami asrama memang dah jadi trend simpan gambar Tok Guru Haji Hadi dan Nik Aziz.
Saya harap sementara kita masih ada DS TGHH bersama kita, berilah kekuatan untuk Tok Guru menjayakan visi dan misinya. Perkuatkan dgn pembantu pembantu yg boleh diharap. Jangan susahkan usianya melayan karenah dalaman.
Kebodohan apa yg menganggap undi seorang Presiden didalam mesyuarat AJK Pas Pusat adalah sama nilainya dgn undi AJK biasa PAS Pusat?
Kalau begitu tak payahlah kita mengundi ikut jawatan. Sebab sama sahaja nilainya.
Ahmad Amzad Hashim
PRESIDEN GANTI
Siri 1: Lemah Politik?
Biasa kita dengar kelemahan TGHH adalah politik berbanding dengan ketinggian ilmu agamanya dan lain lain hal. Maka tidak sesuai beliau mengetuai PAS sebagai Presiden. Benar. Ada sifat lemah TGHH pada hal tertentu dalam politik, sama lemahnya dalam hal lain juga atas sifat manusia tidak ada yang sempurna kesemua perkara.
Namun ada dua perkara yang mudah untuk kita fahami bahawa beliau bukanlah lemah politik, tetapi mempunyai keupayaan tinggi membaca politik masa depan. Keupayaan tinggi meletakkan kepentingan negara dan rakyatnya melebihi lain lain termasuk parti dan dirinya sendiri.
- Pertama dalam isu antarabangsa. Khususnya Syria. Ketika meletus revolusi di Syria. Beliau dan Sheikh Said Ramadhan Al Butti sahaja yang berani mengatakan konflik di Syria mesti diselesai secara rundingan diplomatik dan bukan perang. Ketika itu ramai ulama dan pendokong Islamis meletakkan perang sahaja satu satunya jalan menyelesaikan kezaliman Basyar. Keduanya pertembungan di Syria puncanya Syiah menentang Sunni. Sedangkan TGHH mengatakan tidak. Isu mazhab bukan puncanya. Tetapi Basyar zalim sejak sekian lama. Namun menyelesaikan dengan berperang tidaklah mudah.Pandangan beliau dianggap terpencil di dunia, Malaysia dan di Syria sendiri. Namun setelah 4 tahun, ramai akui kebenaran pandangan beliau. Apabila Syria terus musnah. Ratusan ribu rakyat mati. Jutaan menjadi pelarian. Mujahidin berperang sesama sendiri. Muncul ISIS yang menambak sukarkan keadaan. Bunga bunga hendak menang hanya tinggal pada andaian semata sedangkan kesemua tahu Syria sudah musnah. Maka TGHH benar dalam perkara ini dan diakui oleh ulama besar Syria Sh Usamah Rifaie ketika melawan TGHH yang uzur di Istanbul tempoh hari.
- Isu Unity Goverment. Cadangan TGHH kepada Anwar ketika kudeta kerajaan Perak. Anwar bersetuju. Syaratnya kesemua parti duduk dalam kerajaan dan bukan diantara PAS dengan UMNO sahaja. Kemudia buat perubahan sistem negara. Kemudian setelah dibaiki. Boleh bertanding kembali dalam demokrasi yang lebih bebas.Gagasan UG itu di tengah PakLah lemah hendak dijatuhkan team Mahathir. Dan di tengah PR digasak hebat di Perak serta usaha menjatuhkan kerajaan Kedah. Namun apabila ia mendapat tentangan akibat tidak faham ramai pihak. Maka Anwar tidak mengaku pernah menyetujui hal tersebut sehingga ke hari ini. Maka TGHH tanggung bersendirian kesakitan itu. Setelah teruk diasak. TGHH menarik balik cadangan UG tersebut dan menyebut, beliau optimis satu hari nanti orang akan terima konsep atau gagasan tersebut.Sungguh, Pasca PRU 2013, Anwar mencadangkan Konsesus Nasional. Hari ini Kit Siang mencadangkan Save Malaysia. Atas alasan apa sekalipun ia sama konsep dengan UG yang dicadangkan TGHH lama dahulu.
Cukup dua gagasan besar dalam isu Syria dan UG ini menampakkan bahawa TGHH mempunyai upaya politik yang tinggi melangkaui zaman. Benar ada kekurangan beliau jika hendak dibandingkan dengan tokoh tertentu dalam bab pendekatan atau penampilan. Tetapi untuk meletakkan lemah dan gagal politik, ia tidak benar sama sekali.
Asasnya fikiran tinggi politiknya gagal dicapai oleh sebahagian pihak. Kerana ramai yang melihat politik dengan kesan segera di depab mata. Tetapi TGHH melihat politik untuk jangka masa panjang.
Abu Yusuf
SHAH ALAM
12.41am | 29 Mei 2014
Mereka dikenali sebagai 'anak Tok Guru' dari keturunan ulama dan mereka kelihatan bersedia untuk mengambil alih kepimpinan sayap Pemuda PAS secara besar-besaran.
Nik Abduh Nik Aziz menimbulkan sedikit kekecohan apabila beliau mengesahkan beliau bersedia untuk merebut tampuk kepimpinan Pemuda PAS. "Anak Tok Guru" ini mempunyai pengikut yang ramai di kalangan golongan muda di dalam PAS yang rata-ratanya gembira dengan pengumuman itu.
Berita pengumuman tersebut bagaimana pun telah menggegarkan kedudukan penyandang Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang menyasarkan untuk terus menjadi ketua bagi penggal kedua.
Laluan tidak akan mudah buat Suhaizan kali ini kerana Nik Abduh adalah anak kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan juga turut merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas. Beliau adalah seorang ulama dan ikon untuk golongan “ Muda” parti itu yang mahu melihat PAS kembali kepada perjuangan asalnya.
Tetapi Nik Abduh hanya sebahagian daripada masalah Suhaizan. Suhaizan yang dilahirkan di Johor, kelihatan menghadapi kesukaran sejak dari hari pertama lagi untuk membuat penampilan berkesan di dalam Dewan Pemuda atau sayap Pemuda. Beliau menang hanya dengan majoriti 16 undi pada pemilihan parti 2013 manakala kumpulan regunya telah ditewaskan oleh kumpulan pro-ulama.
Daripada membuat konsesi kepada kumpulan pro-ulama yang dominan, beliau sebaliknya memilih untuk melantik penyokongnya yang kalah di dalam pemilihan ke jawatan penting dalam jawatankuasa Pemuda beliau. Ianya telah mewujudkan banyak ketidakpuasan hati terhadap Suhaizan lalu mengakibatkan kesukaran untuk menjalankan program.
Semuanya menjadi lebih hangat ketika di muktamar Dewan Pemuda tahun lepas di Johor apabila perwakilan secara terbuka mengkritik beliau dan keluar dari dewan pada hari pembukaan. Timbul seruan untuk berlawan, aksi memukul-mukul meja sehingga suasana menjadi begitu beremosi mengakibatkan Pengerusi Tetap Kamal Ashaari mengadu sakit dada dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Tetapi "dosa besar" Suhaizan adalah apabila beliau rela bersekongkol dengan kumpulan yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang Hadi diganti selain beliau juga telah gagal mempertahankan presiden parti.
Lebih janggal lagi buat Suhaizan kerana Naib Ketua Pemuda beliau sejak dua tahun yang lalu adalah anak sulung Hadi sendiri, Muhammad Khalil Hadi yang merupakan bintang yang semakin menyinar di kalangan ulama muda. Demikianlah latar belakang pertandingan untuk kepimpinan Dewan Pemuda. Pertembungan pada hari ini bukanlah satu pertembungan biasa di kalangan generasi Pemuda. Suhaizan dan regunya Dr Raja Iskandar Al-Hiss bakal menentang dua "anak-anak terkenal" PAS.
Regu Nik Abduh adalah Khalil dan mereka adalah pasukan pilihan untuk menang. Nama keluarga adalah satu kekuatan besar tetapi mereka berdua juga mempunyai dua personaliti berbeza dengan cara mereka yang tersendiri.
Nik Abduh, 45, mempunyai imej seiras bapanya. Beliau agak tegas dalam pemikirannya tetapi para pemberita meliputi berita Parlimen mendapati beliau sebagai individu yang mempunyai pembawaan diri yang baik, bercakap dengan sopan dan mempunyai pendapat yang tersendiri. Dia dilihat di dalam parti sebagai seorang sarjana agama dan mempunyai pergaulan yang baik dengan ahli-ahli parti.
Beliau sepatutnya bertanding jawatan Ketua Pemuda pada tahun 2013 tetapi telah dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian kerana sayap Pemuda perlu dilihat bebas dengan para penyokongnya berpendirian adalah janggal bagi Nik Abduh untuk menjadi ketua pemuda dikala bapanya merupakan Mursyidul Am parti.
Khalil sedang melalui keadaan yang sama. Dia telah bersedia untuk bergerak dari jawatan No.2 tetapi kedudukan Dewan Pemuda akan dilihat dikompromi dengan beliau sebagai Ketua Pemuda dan bapanya sebagai presiden.
Muhammad Khalil, 38, lebih memiliki paras rupa ibunya berbanding ayahnya yang dikenali sebagai seorang yang cukup tegas. Gayanya juga amat sopan dengan kebolehan berbahasa Arab, Urdu dan Bahasa Inggeris. Beliau belajar di Pakistan, Yaman dan Britain. Sekembalinya, beliau segera dikenali sebagai seorang penceramah yang mampu menyampaikan kuliah agama secara spontan tanpa memerlukan nota.
Tetapi tidak semua anak-anak terkenal dikaitkan dengan kumpulan pro-ulama. Faiz Fadzil, anak kepada Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, telah menyatakan sokongan terbuka terhadap Suhaizan.
Faiz, 38, seorang peguam di Seremban, telah berkempen untuk Ahmad Awang yang merupakan pencabar Datuk Hadi Awang untuk jawatan presiden. Seorang yang tinggi, kacak dengan pandangan kontemporari, Faiz mendakwa sayap Pemuda tidak akan dapat bergerak ke hadapan di bawah Nik Abduh. Tetapi dia juga tidak dapat meyakinkan pendengarnya bahawa Suhaizan boleh melakukan kerja yang lebih baik.
Suhaizan dan Dr Raja Iskandar mewakili generasi profesional Melayu yang tertarik kepada PAS selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Suhaizan mempunyai reputasi sebagai seorang aktivis tetapi mengalami kemunduran apabila beliau kalah dalam pilihan raya umum. Dr Raja Iskandar adalah seorang pensyarah yang menyempurnakan pengajian PhD beliau di Britain. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda Perak dan Ketua Kawasan PAS Kuala Kangsar.
Malangnya, perjuangan mereka berdua adalah pada saat-saat PAS bersedia untuk menamatkan penampilan sebagai parti yang moderat.
PAS menjadi lebih terbuka dan inklusif selepas 1998. Tetapi parti itu kini sedang kembali ke bentuk asal. Konservatisme telah kembali menjadi popular dan ulama akan menguasai semula parti selepas bertahun-tahun sekadar menjadi pemain kedua kepada golongan profesional.
Tanda-tanda peralihan yang lebih konservatif boleh dilihat seawal pemilihan 2011 apabila kumpulan pro-ulama memenangi majoriti jawatan dalam Dewan Pemuda. Kumpulan itu memperkemaskan pegangannya di dalam pemilihan 2013 dan kali ini mereka merencana untuk menyapu bersih jawatan dalam pergerakan Pemuda. Ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa sekiranya itu yang berlaku.
Gen X telah tiba dan ia adalah wajah masa depan PAS.
Joceline Tan
04-06 JUN 2015 BERSAMAAN 17-19 SYA'ABAN 1436H | STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR
KHAMIS [17 Sya'aban 1436H / 04 Jun 2015]
Aturcara Majlis Perasmian
0815 : Tetamu kehormat, para perwakilan dan pemerhati mengambil tempat
0830 : Ketibaan Ahli Majlis Syura Ulamak, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri-Negeri dan WP
0840 : Ketibaan Presiden
0845 : Ketibaan Mursyidul Am / Perbarisan kehormat oleh Unit Amal
0900 : Perarakan masuk Mursyidul Am, Presiden, Ahli Majlis Syura Ulamak, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dan Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan ke dalam dewan Muktamar
1430 : Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat
1440 : Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat
1445 : Agenda ke-1 | Pembentangan dan Pengesahan Peringatan Muktamar Tahunan PAS ke 60
1500 : Agenda ke-2 | Membentang dan menerima penyata dan laporan
0815 : Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat
0830 : Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat
0845 : Pengumuman Keputusan pemilihan jawatan-jawatan yang dipertandingkan
0900 : Agenda ke-4 | Usul terima kasih kepada Presiden dan perbahasan Ucapan Dasar
1300 : Rehat dan solat Jumaat
1430 : Perbahasan Ucapan Dasar disambung semula
1630 : Rehat dan solat Asar
1700 : Agenda ke-5 | Membahas usul-usul
1845 : Rehat dan solat Maghrib
2100 : Ceramah Umum
0000 : Rehat
SABTU [19 Syaaban 1436 / 06 Jun 2015 ]
0815 : Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat
0830 : Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat
0845 : Ucapan penggulungan oleh pimpinan
1230 : Agenda ke-6
1330 : Muktamar ditangguhkan dan doa.
KHAMIS [17 Sya'aban 1436H / 04 Jun 2015]
Aturcara Majlis Perasmian
0815 : Tetamu kehormat, para perwakilan dan pemerhati mengambil tempat
0830 : Ketibaan Ahli Majlis Syura Ulamak, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri-Negeri dan WP
0840 : Ketibaan Presiden
0845 : Ketibaan Mursyidul Am / Perbarisan kehormat oleh Unit Amal
0900 : Perarakan masuk Mursyidul Am, Presiden, Ahli Majlis Syura Ulamak, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dan Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan ke dalam dewan Muktamar
- Lagu Negaraku
- Lagu rasmi PAS
- Ucapan aluan Pengerusi Tetap
- Bacaan ayat suci Al-Qur’an
- Ucapan aluan Setiausaha Agung
- Doa
- Bersurai /Makan tengahari
1430 : Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat
1440 : Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat
1445 : Agenda ke-1 | Pembentangan dan Pengesahan Peringatan Muktamar Tahunan PAS ke 60
1500 : Agenda ke-2 | Membentang dan menerima penyata dan laporan
- Laporan Tahunan PAS 2014/2015
- Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2014
- Muktamar ditangguhkan
0815 : Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat
0830 : Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat
0845 : Pengumuman Keputusan pemilihan jawatan-jawatan yang dipertandingkan
0900 : Agenda ke-4 | Usul terima kasih kepada Presiden dan perbahasan Ucapan Dasar
1300 : Rehat dan solat Jumaat
1430 : Perbahasan Ucapan Dasar disambung semula
1630 : Rehat dan solat Asar
1700 : Agenda ke-5 | Membahas usul-usul
1845 : Rehat dan solat Maghrib
2100 : Ceramah Umum
0000 : Rehat
SABTU [19 Syaaban 1436 / 06 Jun 2015 ]
0815 : Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat
0830 : Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat
0845 : Ucapan penggulungan oleh pimpinan
1230 : Agenda ke-6
1330 : Muktamar ditangguhkan dan doa.
1. Nasib sedang menimpa ke atas umat Islam Rohingya ketika ini adalah satu bentuk pembersihan etnik secara tersusun, termasuk didalangi oleh pihak-pihak yang mempunyai keupayaan dan kuasa. Tindakan pengusiran, penganiayaan dan kezaliman serta pembunuhan adalah tekanan untuk menghapuskan umat Islam dari satu-satu penempatan atau wilayah.
2. Perkara ini mengulangi tragedi buruk pernah ditimpakan ke atas umat Islam di Bosnia Herzegovina pada tahun 1992 yang menghadapi kerakusan etnik Serbia. Begitu juga umat Islam di Palestin berdepan pencerobohan dan peperangan dari Zionis Israel sejak tahun 1948 tanpa ada pembelaan sewajarnya khususnya dari badan dunia.
3. Umat Islam di Rohingya bukan sahaja berdepan kegilaan puak Rakhine untuk bermandi darah, malah kecurangan Kerajaan Myanmar serta ketidakpedulian pihak tentera menyaksikan atau menghalang tindakan kezaliman dari berlaku. Sehingga ke saat ini, tidak ada badan dunia yang bersuara menyaksikan mala petaka dahsyat ke atas kemanusiaan ini.
4. Malah, media Barat pula bersikap adu domba apabila memainkan isu ‘Human Traficking’ sebagai alasan dan desakan ke atas negara umat Islam Asean iaitu Malaysia dan Indonesia untuk menerima pelarian-pelarian Rohingya. Sedangkan negara Asean lain dibela kononnya tidak berupaya menerima pelarian tersebut khususnya Thailand.
5. Malangnya, Malaysia yang merupakan Pengerusi Negara Asean juga tidak mengambil langkah proaktif untuk bersuara, apatah lagi untuk menyatakan tindakan konkrit penyelesaian. Malaysia mesti segera menggerakkan peranan lebih agresif mengetuai semua negara Asean untuk menyelamatkan umat Islam Rohingya atas tanggung jawab kemanusiaan.
6. Malaysia selaku anggota tidak tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan anggota Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) juga perlu mendesak masyarakat antarabangsa khusunya badan-badan dunia tersebut untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Myanmar supaya memberikan hak kepada umat Islam Rohingya dan menghentikan serta merta pencabulan hak ke atas mereka.
7. Jika sekiranya Malaysia boleh menghantar kekuatan ketenteraannya berkhidmat sebagai pasukan pengaman di bawah PBB ke Somalia, Lubnan, Bosnia dan lain-lain negara yang jauh, sewajarnya atas maruah dan nyawa umat Islam, Malaysia perlu menawarkan diri ke Myanmar.
Muhammad Khalil Abdul Hadi
TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Firman Allah dalam Surah At-Taubah:
Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)
Sabda Rasulullah S.A.W.
(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim
Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.
Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.
Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.
Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.
Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.
Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.
Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.
Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud :
(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).
Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.
Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.
Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.
Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.
PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.
Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.
Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.
Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.
PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.
(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.
PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.
Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.
Khadam Perjuangan Islam
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS
NAIB PRESIDEN KESATUAN ULAMA' ISLAM SEDUNIA
NAIB PRESIDEN KESATUAN ULAMA' ISLAM SEDUNIA
KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mesti menjadi sebuah parti yang terbuka, parti yang positif dan bukan parti yang tertutup serta bersikap negatif terhadap semua orang.Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS juga menjadi harapan kepada rakyat bagi menyelamatkannya dengan Islam.
“Kita mesti menjadi parti yang terbuka, parti yang positif dan bukan parti yang tertutup atau parti yang bersikap negatif terhadap semua orang, itu tidak boleh.
“Ini (satu) tanggungjawab yang mesti kita (PAS) tunaikan. Ini adalah satu peluang (dakwah) yang sangat besar. “Alhamdulillah, PAS Harapan Semua. Namun, PAS sebagai parti Islam wajib meletakkan harapannya kepada Allah SWT, kerana kemenangan perjuangan Islam itu adalah kurnia dari Allah SWT,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PAS Negeri Terengganu 2015, di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Kubang Lembek, Manir pada 23 Mei lalu. Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh dan Keua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.
Dato’ Seri Abdul Hadi berkata Allah SWT telah menjanjikan kemenangan Islam pasti akan tercapai dengan syarat memenuhi kelayakkan bagi menerima serta mengisi kemenangan tersebut.
“Tidak dinafikan betapanya kekuatan diri dan jemaah, ramainya ahli, tersusunnya pentadbiran, banyaknya duit itu tidak dinafikan. Tidak dinafikan juga kita (PAS) mesti mengadakan tahaluf siasi, persefahaman dengan semua pihak yang lain. Tidak dinafikan kita boleh menang dengan kelemahan lawan kita, tetapi itu hanyalah perkara-perkara sampingan yang tidak boleh ditaruh harapan untuk mencapai kemenangan,” jelasnya.
Katanya, mestilah ada kumpulan orang-orang yang beriman iaitu kumpulan Islam yang menyambung risalah perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Menurut beliau, kumpulan itu berusaha menegakkan Islam sepenuhnya dalam diri, keluarga dan masyarakat sehingga mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT.
“Di atas asas inilah ditubuhkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Allah SWT telah mendidik generasi awal Islam bahawa pergantungan ramainya pengikut, kekuatan diri pada zahirnya dibanggakan itu tidak boleh memberi kemenangan jika tidak mendapat pertolongan dari Allah.
“Allah mengajar umat Islam generasi awal dalam peristiwa (perang) Uhud dan peristiwa Hunain. Persefahaman dengan pihak lain diajar oleh Allah dalam peristiwa Ahzab. Ramainya golongan munafiqin dan kabilah-kabilah Yahudi musyrikin yang bersefahaman dengan Nabi (Muhammad) SAW.
“Allah juga mengajar kemenangan Islam di Andalus hasil dari kelemahan musuh. Islam boleh menang di Andalus,” ujarnya. Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan Islam sangat penting dan perlu dibuktikan kepada rakan-rakan tahaluf Pakatan Rakyat.
Menurutnya, jika ideologi Komunisma dan Sosialisma yang datang dari barat pernah diterima oleh rakyat di negara ini kenapa tidak boleh dengan Islam.
“Islam sangat penting. Kita (PAS) kena buktikan kepada rakan-rakan tahaluf siasi (Pakatan Rakyat) kita tegas dengan Islam. Kita tidak berganjak dengan Islam. Cukuplah orang-orang komunis dan orang-orang sosialis. Kegagalan komunisma dan Sosialisma yang menggunakan tenaga manusia untuk menjana ekonomi. Semua teorinya telah gagal.
“Sepatutnya, kita (PAS) kena ajak orang Cina bukan Islam, orang India bukan Islam, orang Iban yang bukan Islam. Ajak (mereka) kepada Islam. Tak mahu masuk Islam tak apa. Sila masuk Islam, selamat dunia sampai akhirat. Jika selama ini boleh ikut komunis, boleh ikut sosialis. Orang Cina, India, Iban yang masuk komunis itu sanggup masuk hutan dan mati berjuang komunis.
“Siapa Karl Marx? bukan orang Cina, bukan India, bukan Iban tetapi orang Yahudi Jerman. Kalau mereka boleh berjuang dengan ideologi yang diimport daripada barat. Mengapa mereka tidak boleh menegakkan Islam bersama dengan kita (PAS),” soalnya.
Tema Konvensyen PAS Terengganu “Road To WDI: PAS Harapan Semua” yang turut dibentang kertas dasarnya oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan diulas oleh Setiausaha Politik Presiden PAS iaitu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Seramai 13 perwakilan terdiri dari wakil dewan-dewan, wakil DHPP,wakil Gen-3 dan wakil PAS kawasan-kawasan membahaskan kertas dasar itu serta berakhir dengan peristiharan resolusinya. Lebih 1,500 para perwakilan seluruh negeri bersama para pemimpin termasuk Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh dan Keua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.