Orang hari ini ramai yang nak beramal agama, tapi tak ikut cara Nabi SAW. Dalam bab berzikir, ada yang berpusing, angguk kuat-kuat dan menari. Ini bukan zikir, ini dikir.
Allah SWT berfirman:
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. [Al-A'raf:55]
Nabi SAW pernah melalui suatu kawasan, dilihat ada sahabat sedang berzikir dengan suara yang kuat, lalu Nabi bersabda:
"Perlahankan suaramu! Allah tidak pekak dan tuli."
Namun adakah berzikir sebegini salah? Tak salah, cuma tak kena dengan apa yang dianjurkan Nabi. Nak buat, buatlah. Tapi pelik dari ajaran Islam. Macam orang pakai seluar dalam atas kepala. Boleh pakai, tapi orang tengok peliklah. Macam orang pakai selipar terbalik juga, yang kanan sebelah kiri dan yang kiri sebelah kanan. Boleh berjalan macam biasa, tapi tak betul kaedah dia.
Zikir sebegini banyak terpengaruh dengan ajaran agama lain. Orang yahudi ada cara ibadat mereka. Orang hindu budhha pun berzikir cara mereka. Semua agama ada cara tersendiri.
Sewaktu Islam masuk ke seluruh pelusuk dunia, ramai ahli agama lain yang tertarik dan memeluk Islam. Malangnya, mereka masih belum betul-betul mengikut ajaran Islam sepenuhnya. Mereka mengekalkan saki baki ritual agama mereka dalam Islam.
Ulama dahulu sewaktu berdakwah masih tak hapuskan lagi budaya-budaya ini. Mereka lebih pentingkan masyarakat menerima Islam terlebih dahulu. Selamatkan akidah dahulu. Kita sekarang yang sudah lama mewarisi Islam, belajar dah banyak perlulah betulkan keadaan dengan sebenarnya.
Ada yang kata berzikir kuat kerana nak katok (pukul) hati yang keras biar sedar. Kita kena faham, hati bukan sama macam benda lain. Nak lembutkan hati tak sama macam nak lembutkan benda lain. Kita kena ikut cara yang diajar oleh Nabi SAW.
Pernah seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW:
يا رسول الله! أقريب ربنا فننجيه أم بعيد فناديه
Wahai Rasulullah SAW! Adakah tuhan kita itu dekat, maka kita hanya berbisik denganNya? Ataupun jauh maka kita perlu memanggilNya kuat?
Rasulullah terus membacakan Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). [Al-Baqarah:186]
Alang Ibn Shukrimun
PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
Masjid Rusila | 29/05/2015














0 comments