Siri 1: Lemah Politik?
Biasa kita dengar kelemahan TGHH adalah politik berbanding dengan ketinggian ilmu agamanya dan lain lain hal. Maka tidak sesuai beliau mengetuai PAS sebagai Presiden. Benar. Ada sifat lemah TGHH pada hal tertentu dalam politik, sama lemahnya dalam hal lain juga atas sifat manusia tidak ada yang sempurna kesemua perkara.
Namun ada dua perkara yang mudah untuk kita fahami bahawa beliau bukanlah lemah politik, tetapi mempunyai keupayaan tinggi membaca politik masa depan. Keupayaan tinggi meletakkan kepentingan negara dan rakyatnya melebihi lain lain termasuk parti dan dirinya sendiri.
- Pertama dalam isu antarabangsa. Khususnya Syria. Ketika meletus revolusi di Syria. Beliau dan Sheikh Said Ramadhan Al Butti sahaja yang berani mengatakan konflik di Syria mesti diselesai secara rundingan diplomatik dan bukan perang. Ketika itu ramai ulama dan pendokong Islamis meletakkan perang sahaja satu satunya jalan menyelesaikan kezaliman Basyar. Keduanya pertembungan di Syria puncanya Syiah menentang Sunni. Sedangkan TGHH mengatakan tidak. Isu mazhab bukan puncanya. Tetapi Basyar zalim sejak sekian lama. Namun menyelesaikan dengan berperang tidaklah mudah.Pandangan beliau dianggap terpencil di dunia, Malaysia dan di Syria sendiri. Namun setelah 4 tahun, ramai akui kebenaran pandangan beliau. Apabila Syria terus musnah. Ratusan ribu rakyat mati. Jutaan menjadi pelarian. Mujahidin berperang sesama sendiri. Muncul ISIS yang menambak sukarkan keadaan. Bunga bunga hendak menang hanya tinggal pada andaian semata sedangkan kesemua tahu Syria sudah musnah. Maka TGHH benar dalam perkara ini dan diakui oleh ulama besar Syria Sh Usamah Rifaie ketika melawan TGHH yang uzur di Istanbul tempoh hari.
- Isu Unity Goverment. Cadangan TGHH kepada Anwar ketika kudeta kerajaan Perak. Anwar bersetuju. Syaratnya kesemua parti duduk dalam kerajaan dan bukan diantara PAS dengan UMNO sahaja. Kemudia buat perubahan sistem negara. Kemudian setelah dibaiki. Boleh bertanding kembali dalam demokrasi yang lebih bebas.Gagasan UG itu di tengah PakLah lemah hendak dijatuhkan team Mahathir. Dan di tengah PR digasak hebat di Perak serta usaha menjatuhkan kerajaan Kedah. Namun apabila ia mendapat tentangan akibat tidak faham ramai pihak. Maka Anwar tidak mengaku pernah menyetujui hal tersebut sehingga ke hari ini. Maka TGHH tanggung bersendirian kesakitan itu. Setelah teruk diasak. TGHH menarik balik cadangan UG tersebut dan menyebut, beliau optimis satu hari nanti orang akan terima konsep atau gagasan tersebut.Sungguh, Pasca PRU 2013, Anwar mencadangkan Konsesus Nasional. Hari ini Kit Siang mencadangkan Save Malaysia. Atas alasan apa sekalipun ia sama konsep dengan UG yang dicadangkan TGHH lama dahulu.
Cukup dua gagasan besar dalam isu Syria dan UG ini menampakkan bahawa TGHH mempunyai upaya politik yang tinggi melangkaui zaman. Benar ada kekurangan beliau jika hendak dibandingkan dengan tokoh tertentu dalam bab pendekatan atau penampilan. Tetapi untuk meletakkan lemah dan gagal politik, ia tidak benar sama sekali.
Asasnya fikiran tinggi politiknya gagal dicapai oleh sebahagian pihak. Kerana ramai yang melihat politik dengan kesan segera di depab mata. Tetapi TGHH melihat politik untuk jangka masa panjang.
Abu Yusuf
SHAH ALAM
12.41am | 29 Mei 2014
0 comments