EURO 2020 FINAL | FORZA AZZURRI Congratulations Italy!

article

ANAK - ANAK TERKENAL

9:29 ambaihaki



Mereka dikenali sebagai 'anak Tok Guru' dari keturunan ulama dan mereka kelihatan bersedia untuk mengambil alih kepimpinan sayap Pemuda PAS secara besar-besaran.

Nik Abduh Nik Aziz menimbulkan sedikit kekecohan apabila beliau mengesahkan beliau bersedia untuk merebut tampuk kepimpinan Pemuda PAS. "Anak Tok Guru" ini mempunyai pengikut yang ramai di kalangan golongan muda di dalam PAS yang rata-ratanya gembira dengan pengumuman itu.

Berita pengumuman tersebut bagaimana pun telah menggegarkan kedudukan penyandang Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang menyasarkan untuk terus menjadi ketua bagi penggal kedua.

Laluan tidak akan mudah buat Suhaizan kali ini kerana Nik Abduh adalah anak kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan juga turut merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas. Beliau adalah seorang ulama dan ikon untuk golongan “ Muda” parti itu yang mahu melihat PAS kembali kepada perjuangan asalnya.

Tetapi Nik Abduh hanya sebahagian daripada masalah Suhaizan. Suhaizan yang dilahirkan di Johor, kelihatan menghadapi kesukaran sejak dari hari pertama lagi untuk membuat penampilan berkesan di dalam Dewan Pemuda atau sayap Pemuda. Beliau menang hanya dengan majoriti 16 undi pada pemilihan parti 2013 manakala kumpulan regunya telah ditewaskan oleh kumpulan pro-ulama.

Daripada membuat konsesi kepada kumpulan pro-ulama yang dominan, beliau sebaliknya memilih untuk melantik penyokongnya yang kalah di dalam pemilihan ke jawatan penting dalam jawatankuasa Pemuda beliau. Ianya telah mewujudkan banyak ketidakpuasan hati terhadap Suhaizan lalu mengakibatkan kesukaran untuk menjalankan program.

Semuanya menjadi lebih hangat ketika di muktamar Dewan Pemuda tahun lepas di Johor apabila perwakilan secara terbuka mengkritik beliau dan keluar dari dewan pada hari pembukaan. Timbul seruan untuk berlawan, aksi memukul-mukul meja sehingga suasana menjadi begitu beremosi mengakibatkan Pengerusi Tetap Kamal Ashaari mengadu sakit dada dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Tetapi "dosa besar" Suhaizan adalah apabila beliau rela bersekongkol dengan kumpulan yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang Hadi diganti selain beliau juga telah gagal mempertahankan presiden parti.

Lebih janggal lagi buat Suhaizan kerana Naib Ketua Pemuda beliau sejak dua tahun yang lalu adalah anak sulung Hadi sendiri, Muhammad Khalil Hadi yang merupakan bintang yang semakin menyinar di kalangan ulama muda. Demikianlah latar belakang pertandingan untuk kepimpinan Dewan Pemuda. Pertembungan pada hari ini bukanlah satu pertembungan biasa di kalangan generasi Pemuda. Suhaizan dan regunya Dr Raja Iskandar Al-Hiss bakal menentang dua "anak-anak terkenal" PAS.

Regu Nik Abduh adalah Khalil dan mereka adalah pasukan pilihan untuk menang. Nama keluarga adalah satu kekuatan besar tetapi mereka berdua juga mempunyai dua personaliti berbeza dengan cara mereka yang tersendiri.

Nik Abduh, 45, mempunyai imej seiras bapanya. Beliau agak tegas dalam pemikirannya tetapi para pemberita meliputi berita Parlimen mendapati beliau sebagai individu yang mempunyai pembawaan diri yang baik, bercakap dengan sopan dan mempunyai pendapat yang tersendiri. Dia dilihat di dalam parti sebagai seorang sarjana agama dan mempunyai pergaulan yang baik dengan ahli-ahli parti.

Beliau sepatutnya bertanding jawatan Ketua Pemuda pada tahun 2013 tetapi telah dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian kerana sayap Pemuda perlu dilihat bebas dengan para penyokongnya berpendirian adalah janggal bagi Nik Abduh untuk menjadi ketua pemuda dikala bapanya merupakan Mursyidul Am parti.

Khalil sedang melalui keadaan yang sama. Dia telah bersedia untuk bergerak dari jawatan No.2 tetapi kedudukan Dewan Pemuda akan dilihat dikompromi dengan beliau sebagai Ketua Pemuda dan bapanya sebagai presiden.

Muhammad Khalil, 38, lebih memiliki paras rupa ibunya berbanding ayahnya yang dikenali sebagai seorang yang cukup tegas. Gayanya juga amat sopan dengan kebolehan berbahasa Arab, Urdu dan Bahasa Inggeris. Beliau belajar di Pakistan, Yaman dan Britain. Sekembalinya, beliau segera dikenali sebagai seorang penceramah yang mampu menyampaikan kuliah agama secara spontan tanpa memerlukan nota.

Tetapi tidak semua anak-anak terkenal dikaitkan dengan kumpulan pro-ulama. Faiz Fadzil, anak kepada Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, telah menyatakan sokongan terbuka terhadap Suhaizan.

Faiz, 38, seorang peguam di Seremban, telah berkempen untuk Ahmad Awang yang merupakan pencabar Datuk Hadi Awang untuk jawatan presiden. Seorang yang tinggi, kacak dengan pandangan kontemporari, Faiz mendakwa sayap Pemuda tidak akan dapat bergerak ke hadapan di bawah Nik Abduh. Tetapi dia juga tidak dapat meyakinkan pendengarnya bahawa Suhaizan boleh melakukan kerja yang lebih baik.

Suhaizan dan Dr Raja Iskandar mewakili generasi profesional Melayu yang tertarik kepada PAS selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Suhaizan mempunyai reputasi sebagai seorang aktivis tetapi mengalami kemunduran apabila beliau kalah dalam pilihan raya umum. Dr Raja Iskandar adalah seorang pensyarah yang menyempurnakan pengajian PhD beliau di Britain. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda Perak dan Ketua Kawasan PAS Kuala Kangsar.

Malangnya, perjuangan mereka berdua adalah pada saat-saat PAS bersedia untuk menamatkan penampilan sebagai parti yang moderat.

PAS menjadi lebih terbuka dan inklusif selepas 1998. Tetapi parti itu kini sedang kembali ke bentuk asal. Konservatisme telah kembali menjadi popular dan ulama akan menguasai semula parti selepas bertahun-tahun sekadar menjadi pemain kedua kepada golongan profesional.

Tanda-tanda peralihan yang lebih konservatif boleh dilihat seawal pemilihan 2011 apabila kumpulan pro-ulama memenangi majoriti jawatan dalam Dewan Pemuda. Kumpulan itu memperkemaskan pegangannya di dalam pemilihan 2013 dan kali ini mereka merencana untuk menyapu bersih jawatan dalam pergerakan Pemuda. Ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa sekiranya itu yang berlaku.

Gen X telah tiba dan ia adalah wajah masa depan PAS.


Joceline Tan

You Might Also Like

0 comments

Locate Point

Address Kg Binjai Kertas, Kuala Berang, Terengganu, MY.
Phone (+60) 19543 8285
Skype sir.baihaki
Email mbaihaki88@gmail.com

Meet Flickr

A photo on Flickr
A photo on Flickr
A photo on Flickr
A photo on Flickr
A photo on Flickr
A photo on Flickr
A photo on Flickr
A photo on Flickr

Contact Form