Siri 2: Usaha Memerangi Terorisme.
Dunia pada hari ini terbelah dua. Akibat hipokrit kuasa Barat terhadap negara umat Islam. Dipromosikan demokrasi dan hak asasi manusia. Namun apabila tidak menyebelahi mereka, maka mereka cabuli. Diguling Mursi di Mesir. Dibunuh pengikut dan pemimpinnya yang mempertahankan legitimasi kerajaan Mursi.
Akibatnya muncul kekecewaan dikalangan Islamis dan sebahagian besar umat Islam. Jalan keluarnya memunculkan dua golongan:
- Golongan Jihad bersenjata. Mereka melihat tidak ada jalan lain lagi yang boleh diharapkan melainkan mengangkat senjata baik di Mesir atau di Syria dan Iraq. Malah di negara aman seperti Malaysia dan Indonesia pun ada yang terfikir hendak menggunakan jalan peperangan atau persenjataan.
- Golongan Liberalis. Kelompok kedua ini kecewa dengan demokrasi menipu ciptaan Barat di negara umat Islam. Maka jika hendak terus bermain dengan demokrasi untuk menang memerintah, maka pendekatan perlu diubah dengan meliberalkan perjuangan. Tauladan mereka ialah pendekatan Erdogan di Turki yang dilihat berjaya.
Benar! Tidak salah mereka meliberalkan pendekatan. Namun yang dibimbangi sebilangannya bukan sekadar meliberalkan pendekatan yang sememang sifatnya murunah ( boleh berubah), tetapi dasar atau akidah perjuangannya juga diliberalkan. Sedangkan ia soal pokok. Maka akhirnya dibimbangi Islam sebagai asas perjuangan itu tidak lagi dipraktikkan.
Pokoknya kedua golongan ini kecewa dengan hipokrasi Barat dalam hal tersebut. Sebagai pendokong gerakan Islam, kita menolak kedua penekatan kerana ia merugikan dan ianya salah. Jika kedua kelompok ini tidak diatasi dan pengaruh mereka semakin melebar, dunia Islam akan masuk ke kancah pertembungan dasyat yang merugikan. Malah dunia Islam akan masuk ke kancah perang yang panjang seumpama Afghanistan dan lain lain. Maka hasrat melaksanakan Islam tadi terbantut kerana pendokongnya berada dalam konflik yang panjang.
Di tengah dua kelompok inilah munculnya TGHH. Saya pernah menulis dahulu bahawa perlantikan TGHH sebagai Naib Ketua Ulama Dunia adalah atas sifat sederhananya beliau dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.
TGHH berpandangan bahawa walaupun berat mana sekalipun tekanan dan penipuan dihadapi gerakan Islam, mereka mesti kekal dengan jalan muwajahah silmiah. Selain ia sememangnya tuntutan agama, ia juga penting untuk mengelakkan kemusnahan lebih besar kepada negara umat Islam yang sangat diingini Barat. Dakwah Islam lebih berkesan diwaktu damai berbanding perang.
Maka baik di Malaysia atau dunia, TGHH diperlukan dalam hal tersebut. Iaitu memelihara dunia Islam keseluruhannya daripada memasuki perangkap musuh musuh antarabangsa. Malah dunia Arab juga meletakkan pengharapan kepada beliau menyelesaikan pertembungan tersebut. Sebab itu Qardhawi sendiri meminta beliau menyelesaikan konflik di Yaman 2010 dahulu. Begitu juga Syria dll.
Maka dalam konteks PAS, beliau masih penting memimpin kerana kesederhanaan pendekatan dan pengangan beliau, disamping fikirannya yang jauh ke depan membaca risiko dan peluang di masa depan sangat diperlukan ketika kita berada di persimpangan ini.
Persimpangan diantara hendak kekal dengan demokrasi yang tipu, atau meyertai gerakan persenjataan sebagai jalannya, atau kekal menyertai demokrasi walaupun terpaksa gadaikan prinsip. Di tengah persimpangan ini, TGHH diperlukan untuk memandu kita semua.
Sekian.
Abu Yusuf
SHAH ALAM
1.05am | 29 Mei 2015
0 comments